Resipi

Resepi Kek Pandan Santan Viral: Mudah, Lembut dan Penuh Rasa!

Kek pandan santan yang lembut dan gebu.

Siapa pernah cuba kek pandan santan? Kek ini semakin viral di media sosial dan sudah tentu kerana rasanya yang sangat sedap terutamanya jika dihidangkan sebagai hidangan minum petang bersama teh o panas. Memang tak dapat dinafikan kelezatannya!

Malah, cara untuk membuat kek pandan santan ini sebenarnya cukup mudah dan yang paling penting, semua bahan boleh dicampurkan dalam satu bekas sahaja. Jadi, tak perlulah mencuci banyak bekas atau peralatan membuat kek. Mudah, bukan?

Jadi, di bawah ini saya kongsikan resipi kek pandan santan yang mudah dan cepat.

Bahan-bahan A:

  • 4 biji telur
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar ovellate
  • 1/2 cawan gula

Bahan-bahan B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk penaik
  • 1 kotak santan (200 mililiter)
  • Pewarna hijau atau air pandan

Cara penyediaan kek pandan santan:

  1. Satukan semua bahan-bahan A dalam satu mangkuk dan pukul sehingga adunan kembang.
  2. Masukkan serbuk penaik, diikuti dengan tepung gandum, santan dan sedikit pewarna hijau atau air pandan.
  3. Kacau adunan sehingga sebati, kemudian tuang ke dalam loyang bersaiz 8×8.
  4. Kukus adunan selama 40 minit atau sehingga masak. Untuk memastikan kek telah masak, cucuk lidi kayu ke dalam kek; jika tidak melekat, kek sudah masak.
  5. Kek boleh dihidangkan terus ketika masih panas.

Mudah kan? Kek pandan santan ini sangat lembut dan gebu, sesuai untuk minum petang atau snek tengah hari.

Selamat mencuba resepi kek pandan santan yang viral ini!

Related posts
Resipi

Resepi Viral Puri Sambal Sardin: Mudah dan Sedap!

Puri Sambal Sardin yang menarik, siap untuk dinikmati bersama keluarga. Resepi ini menjadi viral…
Read more
Resipi

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api: Alternatif Sedap dan Jimat!

Hidangan telur dadar masak lemak cili api yang pedas dan beraroma dimasak dengan santan dan…
Read more
Resipi

Kubis Gulung Kukus: Alternatif Diet Lazat dan Sihat

Sajian diet tinggi protein, disertakan dengan sos tiram dan kicap cair yang memikat. Ramai yang…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *