
Suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang telah menarik perhatian warga maya setelah memuat naik video ‘prank’ yang mendakwa dia terkena virus Monkey Pox.
Dalam video tersebut, Aliff yang dikenali sebagai Opai, kelihatan memakai pelitup muka sebagai tanda bahawa dia tidak sihat.
“Kepada sesiapa yang kenal saya dan berjumpa sejak dua tiga hari lepas ni saya sarankan anda semua pergi periksa sekiranya anda semua positif. Rasanya saya terkena monkeypox pertama di Malaysia.“
Dia kemudian menanggalkan pelitup muka dan memakai ‘filter’ wajah monyet sambil ketawa terbahak-bahak.
Melihat ruangan komen, ramai netizen mengecam tindakan Opai yang dianggap melampau dan mempermainkan isu penyakit yang semakin membimbangkan di Afrika, Thailand dan Indonesia.