
Kalau rasa bosan dengan ayam, cubalah resepi telur dadar masak lemak cili api. Resipi ini berbeza dan menjimatkan kerana tidak memerlukan ayam.
Menu ini juga sesuai untuk mereka yang sedang berjimat sementara menunggu hari gaji. Jika berminat, jom cuba resepi di bawah.
Bahan-bahan:
- 5 biji telur dadar (lebih sedap jika tebal)
- 4 biji bawang besar*
- 4 ulas bawang putih*
- Segenggam cili api merah/hijau*
- Kunyit hidup (ikut selera)*
- 2 batang serai
- 1 kotak santan
- Asam keping
Cara memasak:
- Kisar bahan bertanda (*). Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama serai sehingga agak keperangan.
- Kemudian, tambahkan 1 kotak santan bersama 2 kotak air biasa.
- Masukkan asam keping.
- Tambah bahan perasa seperti gula dan garam mengikut citarasa.
- Akhir sekali, masukkan telur dadar yang telah digoreng sekejap sahaja, pastikan telur dadar tidak hancur.
- Hidangkan dan selamat mencuba!