Hiburan

Dafi Kembali dengan Single Terbaru, ‘Hellooo!’ untuk Memikat Generasi Muda

Hellooo! mempunyai signikfikasi tersendiri buat Dafi.

Selepas lama menghilang dari industri seni, penyanyi Dafi memilih bulan Ogos sebagai masa yang tepat untuk kembali dengan single terbaharu berjudul “Hellooo!”.

Penyanyi dengan nama penuh Gadaffi Ismail Sabri ini menggunakan frasa sapaan tersebut sebagai pembuka untuk berhubung semula dengan peminat.

Lagu “Hellooo!” mempunyai makna khusus dalam karya yang dihasilkan oleh komposer Shazee Ishak dan penulis lirik Altimet, dan telah disimpan selama beberapa tahun.

“Sudah lama sebenarnya saya tidak tampil dengan single baru, sehinggakan ada yang lupa saya sebenarnya penyanyi. Ini kerana saya lebih memberikan fokus kepada bidang lakonan.”

“Memandangkan karya ini sudah lama berada dalam simpanan dan sudah dirakamkan, ini adalah masa terbaik untuk dilancarkan khas untuk halwa telinga semua pihak.”

“Beberapa tahun tertangguh, tidak dinafikan ada rasa ralat dalam diri kerana semuanya sudah disiapkan cuma ada hal teknikal yang tidak dapat dielakkan menyebabkan ia disimpan dahulu,” katanya.

Jejaka berusia 36 tahun ini juga menjelaskan bahawa arah muziknya kini telah berubah, mempamerkan sisi kematangan yang lebih terutama dalam menyebarkan aura positif.

Semakin matang dalam bidang muzik, Dafi ingin memberikan kelainan dalam setiap penyampaian lagu dengan menekankan semangat muda, persahabatan dan aura positif.

“Saya dikenali menerusi lagu Bila Terasa Rindu, namun saya ingin bereksperimentasi dengan muzik sejajar dengan peningkatan usia, sekali gus memberi impak positif kepada kerjaya.

“Single ini begitu istimewa kerana dihasilkan dua figura yang juga merupakan idola saya dalam industri. Karya yang mereka hasilkan sering mencetuskan magis, jadi pertama kali mendengar Hellooo!, saya sudah jatuh cinta,” jelasnya.

Mengenai single terbarunya, Dafi menyifatkan Hellooo! sebagai simbol kekuatan dirinya yang tidak pernah menyerah dalam hidup.

Walaupun pernah mencipta nama melalui program realiti Akademi Fantasia musim kelima, anak kedua daripada empat bersaudara ini tidak menjadikan cabaran dalam bidang seni sebagai pematah semangat, sebaliknya terus berjuang dan melangkah maju.

“Hellooo! merupakan suara hati saya. Selepas lebih sedekad bergiat aktif dalam bidang ini, saya lebih matang dan berpendirian.

“Mungkin kehadiran saya sebagai penyanyi tidak mendapat pengiktirafan sebanyak yang diinginkan namun saya masih bersemangat dan tidak berputus asa dalam bidang seni,” ujarnya.

Selain mempersembahkan buah tangan terbaru kepada peminat, Dafi juga berharap dapat menarik perhatian generasi muda untuk mengenali dirinya.

Lagu Hellooo! boleh didengar melalui platform penstriman seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, TikTok, Amazon Music, Tidal dan Deezer mulai 16 Ogos lalu.

Related posts
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more
Hiburan

FASHA SANDHA AKUI PERNAH TERASA HATI, BELAJAR FAHAMI KEHIDUPAN ELISYA SELEPAS BERKAHWIN

– Astro Gempak’s Photo – Pelakon Fasha Sandha mengakui pernah berkecil hati…
Read more
Hiburan

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL CATAT RM6.5 JUTA, TERMASUK TAYANGAN AWAL

– Foto Astro Shaw – Filem Kudrat 1968: High Council mencatat kutipan terkumpul RM6.5…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *