Viral

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Umum Letak Jawatan Sebagai Pengerusi TheNoor

TheNoor adalah aplikasi mudah alih yang memfokuskan gaya hidup Muslim dan meliputi pelbagai aspek kerohanian. Zulkifli menyatakan keyakinan bahawa pengurusan baru TheNoor akan terus berkomitmen untuk mencapai visi dan misi syarikat tersebut.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi TheNoor berkuat kuasa pada 31 Ogos 2024.

Dalam satu kenyataan, Dr Zulkifli menyatakan bahawa keputusan tersebut dibuat setelah pertimbangan yang mendalam dengan mengambil kira pelbagai faktor yang berkaitan dengan tanggungjawab dan perancangan masa depannya.

“Segala urusan dan tanggungjawab yang melibatkan TheNoor selepas 31 Ogos 2024 adalah sepenuhnya di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab pihak pengurusan baharu,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Sabtu.

Selain itu, beliau turut mengucapkan penghargaan kepada TheNoor atas sokongan yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatannya. Sepanjang bersama aplikasi yang diasaskan oleh selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor , Zulkifli menyatakan bahawa beberapa program telah berjaya dilaksanakan dan masih dalam proses.

Antaranya ialah ’30 Days Ramadan Capsule’, MoU Kolaborasi Strategik, Pembangunan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk Soal Jawab Agama serta Projek eBuku.

“Saya berkeyakinan bahawa pasukan pengurusan baharu TheNoor akan terus komited untuk mencapai visi dan misi syarikat dengan jayanya,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pihak pengurusan berkenaan, Mohd Izzairi Yamin yang menjawat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TheNoor, turut mengumumkan peletakan jawatan itu sejak 2 Ogos lalu.

Menurutnya, perjalanan bersama TheNoor merupakan pengalaman luar biasa yang penuh dengan cabaran, pertumbuhan dan banyak momen bermanfaat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua orang yang telah menyokong TheNoor dan saya sepanjang perjalanan ini.

“Alhamdulillah dan saya berbangga dengan semua yang telah kita capai bersama, dan saya yakin TheNoor akan terus maju dan berinovasi di bawah kepimpinan baharu,” katanya.

TheNoor ialah aplikasi mudah alih berkonsepkan gaya hidup Muslim yang merangkumi pelbagai aspek kerohanian. Aplikasi ini menawarkan pelbagai ciri, termasuk waktu solat, arah kiblat, pemain media al-Quran serta terjemahan al-Quran yang dialih suara dalam lima bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil dan Indonesia.

Related posts
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more
Viral

DUA VERSI TRAILER KUDRAT 1968 CETUS TEORI PEMINAT, PENGAKHIRAN MASIH JADI TANDA TANYA

– Foto Astro Shaw – Trailer filem KUDRAT 1968: High Council mencuri perhatian apabila…
Read more
GosipKonspirasiViral

RAKAMAN DIDAKWA BERKAIT KES KHALWAT TULAR, DAKWAAN LIBAT BEKAS MENTERI BELUM DISAHKAN

Satu rakaman video tersebar di media sosial selepas didakwa mempunyai kaitan dengan kes tangkapan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *