Hiburan

Pelakon Julian Ortega Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung di Sepanyol

Kematian Ortega, pelakon drama bersiri Sepanyol terkenal di Netflix, diumumkan oleh Kesatuan Pelakon dan Pelakon Wanita Sepanyol.

Pelakon terkenal dari Sepanyol, Julian Ortega telah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bercuti di Pantai Zahora, Barbate, Sepanyol pada 25 Ogos lalu.

Kematian Ortega, yang terkenal dengan peranannya dalam drama bersiri Sepanyol yang ditayangkan di Netflix diumumkan oleh Kesatuan Pelakon dan Pelakon Wanita Sepanyol.

Pasukan paramedik yang tiba di lokasi tidak dapat menyelamatkannya walaupun telah mencuba beberapa kali.

Ortega yang meninggal pada usia 41 tahun adalah anak kepada bintang lagenda Sepanyol, Gloria Munoz. Menurut kenyataan Kesatuan Pelakon dan Pelakon Wanita Sepanyol, Ortega pernah menghadiri sekolah drama dan seni persembahan di Madrid sebelum memulakan kerjayanya sebagai pelakon.

Beliau pernah muncul dalam beberapa filem Sepanyol termasuk El Otro Barrio pada tahun 2000 serta filem fantasi seram La Raiz Del Mal (2008), En Tu Puta Cara (2016) dan Elite (2018).

Penampilan terakhirnya adalah dalam drama bersiri El Pueblo dan 4 Estrellas. Punca kematian Ortega masih belum diumumkan secara rasmi.

Related posts
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more
Hiburan

FASHA SANDHA AKUI PERNAH TERASA HATI, BELAJAR FAHAMI KEHIDUPAN ELISYA SELEPAS BERKAHWIN

– Astro Gempak’s Photo – Pelakon Fasha Sandha mengakui pernah berkecil hati…
Read more
Hiburan

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL CATAT RM6.5 JUTA, TERMASUK TAYANGAN AWAL

– Foto Astro Shaw – Filem Kudrat 1968: High Council mencatat kutipan terkumpul RM6.5…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *