Viral

Tindakan Cemburu Membunuh: Bekas TikToker Dihukum Penjara Seumur Hidup

ABULABAN: “Dipenjara seumur hidup seperti menghantar saya ke neraka.”

Bekas TikToker Ali Abulaban telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh isterinya dan seorang lelaki yang disangkanya menjalin hubungan sulit dengan isterinya.

Abulaban melakukan jenayah tersebut pada bulan Mei lalu dan mengaku tidak dapat berhenti menembak Rayburn Barron, 29, serta isterinya, Ana Abulaban, 28 pada hari kejadian.

Barron ditembak sebanyak tiga kali sebelum Abulaban menembak isterinya di kepala di kediaman mereka di San Diego, lapor People.

“Saya ada pistol di tangan dan tidak boleh berhenti menembak,” katanya.

Akibat tindakan yang dianggap oleh hakim Jeffrey Fraser sebagai mementingkan diri dan dilakukan dalam keadaan waras, Abulaban dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang untuk dibebaskan bersyarat.

“Anda akan meringkuk seumur hidup di penjara dan tidak akan bebas,” ujar hakim.

Abulaban bagaimanapun menyifatkan keputusan mahkamah memenjarakan dirinya seumur hidup sebagai tidak adil.

Dia malah berasa dirinya layak mendapatkan pembebasan bersyarat.

“Dipenjara seumur hidup seperti menghantar saya ke neraka. Saya rasa ini tidak adil,” katanya kepada mahkamah.

Sebelum kejadian tersebut, Abulaban mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit selepas mendengar suara lelaki iaitu Barron yang merupakan rakan wanita itu melalui alat yang dipasang pada iPad anak mereka di rumah.

Sebulan sebelum dibunuh, Ana telah membuat laporan polis mendakwa dirinya didera oleh lelaki tersebut. Selain itu, Ana juga diketahui telah meminta cerai daripada Abulaban sebelum akhirnya dibunuh.

Related posts
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more
Viral

DUA VERSI TRAILER KUDRAT 1968 CETUS TEORI PEMINAT, PENGAKHIRAN MASIH JADI TANDA TANYA

– Foto Astro Shaw – Trailer filem KUDRAT 1968: High Council mencuri perhatian apabila…
Read more
GosipKonspirasiViral

RAKAMAN DIDAKWA BERKAIT KES KHALWAT TULAR, DAKWAAN LIBAT BEKAS MENTERI BELUM DISAHKAN

Satu rakaman video tersebar di media sosial selepas didakwa mempunyai kaitan dengan kes tangkapan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *