Viral

“Wheel of Fortune” Berubah: Ryan Seacrest Gantikan Pat Sajak

Ryan Seacrest kini memikul tanggungjawab sebagai hos “Wheel of Fortune”, menggantikan Pat Sajak yang telah mengendalikannya selama 41 tahun.

Untuk pertama kalinya dalam sejarah hampir 8,000 episod, program kuiz popular antarabangsa Wheel of Fortune tidak lagi dibuka dengan ucapan ‘hello’ daripada hos Pat Sajak.

Sebaliknya, mulai semalam, personaliti terkenal Hollywood, Ryan Seacrest mengambil alih tugas tersebut selepas 41 tahun Sajak mengendalikannya.

Seacrest kini bergandingan dengan rakan penyampai Vanna White. Seacrest terkenal sebagai pengacara program popular American Idol sebelum ini.

“Saya masih tidak percaya nasib saya berada di sini bersama anda malam ini untuk meneruskan legasi persembahan yang luar biasa ini dengan anda semua, dan, sudah tentu, kawan baik saya Vanna White,” kata Seacrest semasa membuka rancangan itu.

“Terima kasih atas sambutan yang sangat hangat.”

Sebelum kuiz dimulakan, Seacrest berkata, dia mengakui sangat terkesan dengan persaraan Sajak pada penghujung musim ke-41.

“Hos Wheel of Fortune adalah pekerjaan impian. Saya peminat rancangan ini sejak kecil menontonnya di Atlanta bersama keluarga, dan saya tahu betapa istimewanya Wheel berada di ruang tamu anda sejak 40 tahun lalu,” katanya.

“Saya amat bersyukur kerana dijemput masuk. Saya juga tahu saya mempunyai tugas yang sangat besar untuk dipikul.”

Dalam episod pertamanya, Seacrest mempersembahkan semangat yang bertenaga serta gaya berjenaka klasiknya.

Related posts
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more
Viral

DUA VERSI TRAILER KUDRAT 1968 CETUS TEORI PEMINAT, PENGAKHIRAN MASIH JADI TANDA TANYA

– Foto Astro Shaw – Trailer filem KUDRAT 1968: High Council mencuri perhatian apabila…
Read more
GosipKonspirasiViral

RAKAMAN DIDAKWA BERKAIT KES KHALWAT TULAR, DAKWAAN LIBAT BEKAS MENTERI BELUM DISAHKAN

Satu rakaman video tersebar di media sosial selepas didakwa mempunyai kaitan dengan kes tangkapan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *