Hiburan

Aina Abdul Tidak Berani Bercakap Tentang Cinta, Serah Pada Takdir

Kata Aina Abdul, sekarang bukan masa yang tepat untuknya memikirkan tentang cinta.

Setiap manusia dicipta untuk hidup berpasangan. Namun, bagi penyanyi Aina Abdul, waktunya belum tiba untuk memikirkan soal cinta.

Pelantun lagu “Puas Sudah” ini juga menyatakan bahawa tiada siapa yang istimewa dalam hidupnya pada masa ini.

“Saya tak nak jawab soalan ini sebab banyak hati yang saya kena fikir. Terutamanya ibu saya.

“Ibu saya tak suka kalau saya sentuh isu-isu ini kerana bagi keluarga saya kerja adalah yang utama.

“Tiada siapa yang istimewa, saya fokus bekerja sekarang kalau ada lelaki yang datang dalam hidup saya sekarang dia rugi sebab saya busy,” ujar Aina.

Bila hati Aina akan terbuka?

Pada masa yang sama, Aina yang nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30 tidak berani bercakap lebih lanjut mengenai cinta dan menyerahkan segala-galanya kepada takdir yang ditentukan oleh Yang Maha Esa.

“Saya tak tahu, ada banyak benda saya nak buat, saya nak buat imajı konsert, saya tengah kumpul lagu untuk album kedua, saya nak fikir Cinta Tak Pernah Tepat Waktu Lagi, banyak benda saya kena fikir.

“Jawapan itu hanya pada Allah, bilakah saya akan bersedia. Saya tak boleh jawab. Saya tak berani nak kata tidak Sebab Nanti Kalau Allah bagi terduduk pulak saya,” kata Aina.

Related posts
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more
Hiburan

FASHA SANDHA AKUI PERNAH TERASA HATI, BELAJAR FAHAMI KEHIDUPAN ELISYA SELEPAS BERKAHWIN

– Astro Gempak’s Photo – Pelakon Fasha Sandha mengakui pernah berkecil hati…
Read more
Hiburan

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL CATAT RM6.5 JUTA, TERMASUK TAYANGAN AWAL

– Foto Astro Shaw – Filem Kudrat 1968: High Council mencatat kutipan terkumpul RM6.5…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *