Hiburan

Shila Amzah Berjaya Masuk Final, Tampilkan Persembahan Mantap di China

Shila berjaya meraih gelaran juara mingguan dan sekaligus menempah tempat ke final.

Meskipun baru empat bulan melahirkan anak kedua, penyanyi Shila Amzah tetap tampil dengan persembahan yang mantap di China menerusi program Singing With Legends.

Shila yang juga dikenali sebagai Nurshahila Amir Amzah menyatakan bahawa dia telah ‘menempah’ tiket ke final selepas dinobatkan sebagai juara mingguan.

“Saya juara minggu ini, yang melayakkan saya terus ke peringkat akhir,” kongsinya.

Tambah Shila, 34, melalui persembahan hujung minggu lalu, dia telah membawakan dua lagu iaitu “Bring Me To Life” bersama Wang He Ye dan lagu Mandarin “Ning Meng Cao De Wei Dao” bersama artis terkenal China, Julia Peng Jia Hui.

“Saya suka kedua-dua persembahan sebab dapat menyampaikan lagu berbeza genre kali ini,” ujar Shila.

Pada awal September lalu, pelatun Jauh Hati itu berkongsi perkembang karier seninya dengan menyertai sebuah program televisyen di China iaitu Singing With Legends untuk musim keenam.



Program tersebut menampilkan gandingan penyanyi legenda bersama bakat muda di atas pentas yang sama. Shila pula bukanlah nama asing di China setelah tiga kali menyertai program di sana, termasuk menjuarai program Asian Wave pada tahun 2012.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *