Hiburan

Fattah Amin Hantar Bunga dan Kad Ucapan Hari Lahir kepada Nur Fazura Meski Dalam Proses Perceraian

Fattah Amin mengirim kad sempena hari lahir dan mendoakan agar Nur Fazura terus bahagia, di mana Fazura mengucapkan, “Terima kasih, Daddy Fatima.”

Walaupun rumah tangga mereka berada di ambang perceraian, pelakon Fattah Amin tetap menghantar kad dan sejambak bunga kepada isterinya, Nur Fazura sempena hari lahir aktres itu hari ini.

Dalam satu foto yang dimuat naik oleh Fazura, suaminya itu mengirimkan bunga dan kad sambil mendoakan yang terbaik untuknya.

Selamat hari lahir mommy. Daddy doakan pada hari kelahiran mommy, akan sentiasa gembira, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan Allah dan kebahagiaan dunia serta di akhirat selama-lamanya.

Fazura kemudian memberikan respons ringkas terhadap hantaran tersebut dengan mengucapkan, “Terima kasih, Daddy Fatima,” kepada Fattah.

Sebelum ini, Fazura menyatakan bahawa dia bertekad untuk memohon perceraian daripada Fattah demi menjaga maruah dan kesejahteraan hidup anak mereka, Nur Fatima Aisya.

Fattah sebelum ini enggan melafazkan talak terhadap Fazura semasa proses sebutan perceraian mereka yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Mahkamah telah menangguhkan kes perceraian pasangan itu ke 7 Oktober ini.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *