Viral

FAM Umum Lagu Tema Rasmi Harimau Malaya Hasil Usahasama Dengan Warner Music

Lagu Harimau Malaya dijangka dapat dilancarkan dalam tempoh enam bulan akan datang atau ketika Malaysia memulakan kempen Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2027 pada bulan Mac akan datang.

Skuad bola sepak kebangsaan yang lebih dikenali dengan julukan Harimau Malaya akan mempunyai lagu tema rasmi tidak lama lagi.

Perkembangan ini terjadi selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Warner Music Malaysia mengumumkan kerjasama pertama antara kedua-dua pihak.

Pengarah Urusan Warner Music Malaysia (WMM), Dinesh Ratnam menyatakan bahawa tajuk lagu dan artis yang akan menyanyikan lagu tersebut akan diumumkan kemudian.

“Dijangka ia akan dapat disajikan kepada para pemain serta penyokong dalam tempoh enam bulan akan datang atau ketika Malaysia turun memulakan kempen Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac hadapan.

“Matlamat kami adalah untuk menghasilkan sebuah lagu rasmi bola sepak yang melampaui generasi, menyatukan peminat rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur untuk mempamerkan sokongan terhadap pasukan kebangsaan kita.

“Lebih daripada sekadar lagu, kami berharap lagu rasmi bola sepak ini akan menjadi suar harapan, sumber inspirasi, dan simbol perpaduan negara kita. Kami berharap lagu rasmi bola sepak ini juga akan mewakili semua pasukan bola sepak kebangsaan.

“Warner Music sudah membayangkan artis yang akan menyanyikan lagu ini. Tetapi sama ada wanita, lelaki ,penyanyi baru atau penyanyi lama semua kena tunggu,” katanya.

Kata Dinesh juga, Warner Music turut bercadang mengumpulkan penyokong setia kelab itu dalam pembikinan video berkenaan.

“Apa yang penting, perancangan kami termasuklah membawa penyokong kelab bola sepak dalam klip video itu nanti.

“Ia merupakan penghargaan dan sudah pasti membawa kelainan dalam pembikinan lagu kali ini,” ringkasnya.

Majlis ini juga dirasmikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi.

Sementara itu, Mohd Yusoff menyatakan keterujaannya terhadap kerjasama terbaru FAM dengan WMM.

“Seperti yang semua sedia maklum, muzik merupakan antara elemen penting yang dapat menghidupkan rasa semangat dan keterujaan dalam sukan bola sepak.

“Ia juga antara salah satu cara di mana kita dapat menghubungkan generasi ke generasi dan saya amat teruja untuk melihat lagu rasmi bola sepak kebangsaan oleh WMM menarik rakyat Malaysia terutama sekali generasi muda daripada pelbagai latar belakang dan kaum,” katanya.

Related posts
KonspirasiViral

DAKWAAN PEMUDA SERTAI RITUAL DI BATU CAVES TULAR, BELUM DISAHKAN SECARA RASMI

Seorang pemuda berusia 21 tahun menjadi perhatian selepas hantaran media sosial mendakwa dia…
Read more
HiburanViral

HANTARAN SYED SADDIQ BUAT BELLA BERTEMA ‘MENUA BERSAMA’, MERANGKUMI TUJUH HADIAH

Hantaran pernikahan Syed Saddiq kepada Bella Astillah membawa tema “Growing Old Together” atau…
Read more
GosipViral

BELLA ASTILLAH TANDA SUKA HANTARAN ‘TERIMA KASIH RUHAINIES’, CURI PERHATIAN NETIZEN

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah menarik perhatian apabila dilihat menanda suka sebuah hantaran…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *