Hiburan

Afgan Bersedia Untuk Konsert Solo Terbesar di Malaysia

Konsert solo terbesar Afgan di Malaysia dijadualkan berlangsung di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28 Disember ini.

Selama 17 tahun berkecimpung dalam industri muzik, Afgan, penyanyi popular Indonesia yang terkenal dengan lagu-lagu melankolik belum pernah berkesempatan untuk menghangatkan pentas atau menyentuh jiwa peminatnya melalui lagu balada dalam skala yang besar.

Kehadiran tertinggi peminat untuk persembahan konsertnya adalah sekitar 5,000 penonton dan itu pun hanya di negara asalnya.

Namun, situasi ini mungkin akan berubah apabila Afgan atau nama penuhnya Afganshah Reza, yang berusia 35 tahun akan mengadakan konsert solo terbesar dalam kariernya. Konsert tersebut dijadualkan berlangsung di Malaysia pada 28 Disember ini.

Bertempat di Setia Spice Arena, Pulau Pinang, konsert ‘Afgan Live in Penang’ anjuran Strategy X Entertainment akan menampung kapasiti penonton sekitar 7,000 hingga 8,000 orang dan pastinya menjadi hadiah yang sangat bermakna buat peminatnya.

“Konsert terbesar saya setakat ini sekitar 5,500 penonton sahaja dan itu pun di Indonesia. Jadi, konsert yang akan berlangsung di Setia Spice Arena, pukul 8 malam itu akan menjadi konsert solo terbesar sepanjang karier nyanyian saya.”

Afgan tidak menafikan bahawa beliau juga berasa gementar untuk menjayakan persembahan berskala besar itu. Namun, penyanyi yang pernah meraih trofi Artis Lelaki Terbaik di Anugerah Planet Muzik pada tahun 2009 ini tetap optimis konsertnya akan berjaya dengan sokongan padu dari penganjur dan pasukannya.

Konsert ini bakal membuai emosi peminat dengan dendangan 25 lagu hits yang menceritakan perjalanan karier seninya. Seperti konsert-konsert sebelum ini, Afgan berjanji untuk memukau dan memikat hati mereka yang sentiasa menantikan kehadiran penyanyi berbakat besar ini.

Selain itu, Afgan yang pernah berlakon dalam filem “Bukan Cinta Biasa”, tidak menolak kemungkinan untuk meneruskan konsertnya pada hari kedua sekiranya mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peminat.

“Sekiranya jualan tiket konsert habis dijual dengan cepat, saya sangat terbuka untuk adakan persembahan kedua keesokan harinya kerana saya memang suka buat persembahan dan itu tiada masalah bagi saya,” katanya.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *