Hiburan

Jamal Abdillah: Gaya Hidup Sihat Kunci Kekal Muda

Jamal menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengambil sebarang suntikan untuk kekal muda.

Meskipun sudah berusia 65 tahun, penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah tetap kelihatan muda dan bertenaga. Menariknya, pemilik nama penuh Jamal Ubaidillah Mohd Ali ini tidak mengamalkan sebarang petua awet muda.

Sebaliknya, beliau mengekalkan gaya hidup sihat untuk memastikan dirinya sentiasa bertenaga. Selain itu, Jamal juga percaya bahawa penampilan yang tidak dimamah usia itu mungkin disebabkan oleh faktor keturunan.

“Saya tidak amalkan apa-apa petua, pengambilan makanan tambahan berasaskan tumbuhan itu adalah, tetapi saya memang jaga kesihatan dari usia muda, setiap hari joging.

“Mungkin ini adalah faktor keturunan sebab arwah ayah saya masa umur 75 tahun pun masih tiada uban,” katanya.

Apabila ditanya mengenai penjagaan wajah, bapa kepada enam orang anak itu dengan jujur mengakui hanya menggunakan sabun pencuci muka yang dikenali sebagai ‘sabun papaya’.

“Kalau untuk pencuci muka saya pakai sabun papaya dan masih dijual sehingga hari ini. Sabun itu sebenarnya sangat bagus itu jerawat dan luka,” akuinya.

Sementara itu, Jamal akan bergandingan dengan Datuk Hattan untuk menjayakan Konsert Amal Night of Love & Compassion yang akan berlangsung pada 14 Disember di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Konsert ini dianjurkan oleh Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tengku Mahmud Besut Terengganu (TMESA).

Related posts
Hiburan

Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditikam Ketika Cuba Halang Penceroboh

Saif Ali Khan dilaporkan diserang dan ditikam di rumahnya pada awal pagi tadi. Pelakon Bollywood…
Read more
Hiburan

Amir Raja Lawak Kembali Berlakon Selepas Setahun Fokus Berniaga

Amir Raja Lawak kini sudah bersedia untuk kembali berlakon selepas setahun fokus berniaga. Pelawak…
Read more
Hiburan

Sufian Suhaimi dan Rania Al-Sadat: Cinta Lama Kembali Tertaut?

 Sufian Suhaimi berkongsi gambar Rania Al-Sadat dengan kapsyen ‘Masya-Allah Sayangku’ di…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *