Hiburan

Puteri Balqis Titip Pesanan kepada Fatima Aisya, Fazura Ucap Terima Kasih!

“Terima kasih adikku kerana mendoakan yang baik-baik untuk kami,” ujar Nur Fazura sebagai respon terhadap surat terbuka Puteri Balqis buat Fatima.

Sebelum ini, tular seketika apabila tulisan pelakon remaja, Puteri Balqis kepada anak perempuan Nur Fazura dan Fattah Amin, Fatima Aisya menjadi perhatian netizen di media sosial.

Bukan hanya netizen malah ibu Fatima Aisya, Nur Fazura turut memberi respon terhadap ‘surat terbuka’ Puteri Balqis itu.

Difahamkan, Fazura telah meninggalkan ucapan terima kasih kepada Puteri Balqis di ruangan komen hantaran tersebut.

MasyaAllah TabarakAllah, wise words from such a young and brilliant lady. Terima kasih adikku Balqis mendoakan yang baik-baik buat kami khususnya anakanda Fatima. You are admirable. Semoga Balqis terus kuat dan berjaya di dunia akhirat. Aminn Allahuma Aminn.

Terdahulu, Puteri Balqis telah menyampaikan pesanan kepada Nur Fatima Aisya supaya sentiasa mengingati pengorbanan ibu bapanya walaupun mereka sudah tidak bersama.

Puteri Balqis juga berkongsi pengalamannya berhadapan dengan orang ramai yang ingin dia membenci ibunya sendiri.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *