Hiburan

Nur Nilam Ortiz: Isteri Pelakon Berani Hadapi Cabaran Tanpa Bantuan

Cekal menjaga suami yang terlantar lumpuh, isteri pelakon Azlan Komeng tetap berdikari untuk mencari wang sendiri demi memenuhi keperluan hidup.

Cekal menjaga suami yang terlantar lumpuh, isteri pelakon Azlan Komeng terus berdikari mencari rezeki demi memenuhi keperluan hidup.

Nur Nilam Ortiz, 46 enggan menerima sebarang bantuan atau membuka tabung untuk mengumpul sumbangan bagi menampung kos rawatan suaminya yang juga seorang pelakon aksi.

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita kacukan Thailand-Sepanyol itu kini menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual sos hijau Thai di platform tersebut.

“Ramai yang tanya kami tak buka tabung sumbangan ke? Kami tak nak buka tabung (sumbangan). Insya-ALLAH, kami berniaga kecil-kecilan sahaja. ALLAH akan cukupkan keperluan kami dengan meniaga. Daripada sokongan (membeli sos), kami dapat menampung kos beli lampin, susu dan sebagainya. Ini sos hijau asli Thailand,” katanya.

Sebelum ini, Azlan dan Nur Nilam dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Kuala Lipis, Pahang semasa dalam perjalanan ke tapak perniagaan yang menyebabkan pelakon itu mengalami kecederaan parah.

Pelakon filem Remp-It dan Hikayat Merong Mahawangsa itu mengalami patah pada tangan kanan, kedua-dua belah kaki dan pinggul manakala Nur Nilam tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

Related posts
Hiburan

BUKIT JALIL DIJANGKA SESAK, SIRI KONSERT BERLANGSUNG HINGGA 8 NOVEMBER

Pengunjung yang menuju ke Bukit Jalil antara 4 hingga 8 November 2026 disaran merancang perjalanan…
Read more
Hiburan

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL KUTIP RM12 JUTA, UNGGULI CARTA GSC

– Poster Astro Shaw – Filem KUDRAT 1968: High Council mencatat kutipan terkumpul RM12…
Read more
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *