Viral

Netizen Mengecam Usahawan Donat Pulau Pinang Kerana Menggunakan Pemasaran Berunsur Lucah, MCMC Memulakan Siasatan

Promosi lucah yang menimbulkan kebimbangan masyarakat. Sumber: Oh!Media

Promosi berunsur lucah semakin menjadi pilihan sesetengah usahawan untuk menarik perhatian pelanggan kebelakangan ini. Terbaru, pemilik akaun X, Faiz Fayeshz, menggesa netizen melaporkan akaun TikTok seorang usahawan donat di Pulau Pinang kerana menggunakan promosi kontroversi.

Video berdurasi 55 saat itu menunjukkan seorang lelaki memegang patung beruang dengan aksi yang dikecam ramai, disertai dialog seperti “berayaq, berayaq, jet lagi.” Video tersebut difahamkan untuk mempromosikan pesta makanan di Alor Setar, Kedah.

Reaksi dari warga maya rata-rata menzahirkan rasa tidak senang dan menggesa tindakan tegas. Mereka turut membandingkan dengan usahawan seperti Khairul Aming yang berjaya tanpa menggunakan promosi tidak senonoh.

Susulan aduan ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan akan menjalankan siasatan terperinci terhadap akaun dan video tersebut.

Related posts
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more
Viral

DUA VERSI TRAILER KUDRAT 1968 CETUS TEORI PEMINAT, PENGAKHIRAN MASIH JADI TANDA TANYA

– Foto Astro Shaw – Trailer filem KUDRAT 1968: High Council mencuri perhatian apabila…
Read more
GosipKonspirasiViral

RAKAMAN DIDAKWA BERKAIT KES KHALWAT TULAR, DAKWAAN LIBAT BEKAS MENTERI BELUM DISAHKAN

Satu rakaman video tersebar di media sosial selepas didakwa mempunyai kaitan dengan kes tangkapan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *