Umum

Lelaki Ditahan Setelah Didakwa Mencabul Anak Tiri Ketika Isteri Keluar Bekerja

Kanak-kanak berumur 6 tahun telah dicabul bapa tirinya.

Seorang lelaki yang berusia 37 tahun tergamak mencabul anak tirinya ketika isterinya keluar bekerja.

Difahamkan ketiga-tiga beranak itu menetap di sebuah rumah sewa di Kecamatan Blega, Indonesia.

Menurut wakil polis, penahanan suspek dilakukan selepas ibu mangsa tampil membuat laporan berhubung kejadian.

Hasil soal siasat, wanita itu mendakwa dia hanya mengetahui mengenai kejadian selepas anaknya menangis sebelum mengadu sakit pada bahagian kemaluan. Setelah diperiksa ternyata terdapat kesan kemerahan.

Mangsa memberitahu dia dicabul oleh suspek dan suspek juga telah mengaku.

Suspek mendakwa baru pertama kali dia melakukan pencabulan terhadap anak tirinya itu. Siasatan lanjut berhubung kes masih dijalankan.

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *