Tempatan

Jumlah Mangsa Banjir di Johor Meningkat Pagi Ini

Kesemua mangsa daripada 1,126 keluarga itu ditempatkan di 38 PPS di lima daerah yang terjejas.

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor terus meningkat.

Sehingga 6 pagi Isnin, seramai 4,015 orang mangsa berada di PPS berbanding 3,939 orang malam sebelumnya.

Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa dari 1,126 keluarga itu ditempatkan di 38 PPS di lima daerah yang terjejas. Kota Tinggi mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,319 mangsa.

Diikuti oleh Johor Bahru dengan 797 mangsa, Kulai 717, Pontian 649 dan Kluang 533 mangsa.

Selain itu, hanya stesen Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang yang mencatat bacaan melebihi paras bahaya iaitu 15.62 meter.

Related posts
ViralTempatan

VIDEO TULAR DI KLIA: MOHD SHUHAILY SEDIA TERIMA KEPUTUSAN KERAJAAN

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily…
Read more
TempatanUmum

UKM JELAS PELANTIKAN SHAHROL SHIRO SEBAGAI PENGAJAR SAMBILAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tampil memberikan penjelasan susulan pelantikan pelawak dan…
Read more
UmumTempatan

[BELASUNGKAWA] TUN DR SITI HASMAH, PERMATA NEGARA YANG KEKAL DALAM INGATAN

Pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh rakyat…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *