
Perkongsian di Instagram Story penyanyi Sufian Suhaimi menarik perhatian ramai apabila dia memuat naik foto bekas kekasihnya, Rania Al-Sadat.
Dalam foto tersebut, Rania kelihatan manis mengenakan tudung berona krim, dipercayai diambil di sebuah restoran. Sufian, 33, turut menambah kapsyen “Masya-Allah sayangku” bersama emoji hati putih.
Pada April tahun lalu, Sufian mengesahkan bahawa hubungan mereka sudah berakhir dan cincin risik telah dipulangkan. Namun, beberapa waktu selepas itu, mereka dilihat kembali bersama.
Sufian enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi tersebut dan meminta semua pihak mendoakan yang terbaik untuk mereka.