Global

Penunjuk Perasaan di Mexico Bakar Pinata Trump Sebagai Tindak Balas Terhadap Dasar Anti-Imigran

Penunjuk perasaan di Mexico City membakar pinata Donald Trump di luar kedutaan AS sebagai protes terhadap penggal baharunya dan dasar anti-imigran.

MEXICO CITY: Penunjuk perasaan membakar pinata yang menyerupai Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di luar kedutaan AS di Mexico City sebagai protes terhadap penggal keduanya dan dasar anti-imigran pada Isnin.

Mereka berkumpul di luar kedutaan, memukul pinata itu dengan kayu sebelum membakarnya. Protes tersebut mengkritik beberapa perintah eksekutif yang diumumkan oleh Trump, termasuk langkah pertama untuk melaksanakan agendanya memperluas wilayah Amerika dan mengurangkan imigrasi.

Sebelumnya, Trump mengumumkan rancangan untuk mengusir jutaan pendatang haram dan mengenakan tarif terhadap negara yang menjalankan perniagaan dengan AS.

Pihak berkuasa sempadan AS mengumumkan penutupan program yang diperkenalkan oleh bekas Presiden Joe Biden.

Program tersebut membenarkan ratusan ribu pendatang memasuki AS secara sah melalui penjadualan janji temu dalam aplikasi, sementara janji temu yang sedia ada dibatalkan.

Related posts
SukanGlobal

KIM KARDASHIAN CURI PERHATIAN DI F1 SINGAPURA, HADIR SOKONG LEWIS HAMILTON

– Reuters – Selebriti dan usahawan terkenal, Kim Kardashian, menjadi perhatian…
Read more
ViralGlobal

JENNIFER COPPEN RAI KEMENANGAN INDONESIA, HANTARAN DIDAKWA SINDIR PEMAIN MALAYSIA

Pelakon Indonesia, Jennifer Coppen, menjadi perhatian selepas hantarannya di Threads didakwa oleh…
Read more
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *