Tempatan

Dua Kenderaan Rempuh Sekumpulan Lelaki di Hadapan Kelab di Brickfields

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung sekumpulan lelaki yang cedera selepas dilanggar dua buah kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah kelab di Brickfields, Kuala Lumpur pada Rabu.

KUALA LUMPUR: Pihak polis mengesahkan menerima laporan mengenai sekumpulan lelaki yang mengalami kecederaan di hadapan sebuah kelab di Brickfields, ibu negara pada Rabu. Mereka dilanggar oleh dua kenderaan yang dipandu secara berbahaya.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood, dua kenderaan jenis Toyota Hilux dan Toyota Vios dilihat keluar dengan tergesa-gesa dari sebuah bangunan tempat letak kereta.

Kedua-dua kenderaan tersebut kemudian dipandu dengan laju sebelum merempuh sekumpulan lelaki yang berada di hadapan kelab berkenaan.

“Insiden tersebut menyebabkan dua individu mengalami kecederaan dengan salah seorang daripada mangsa telah dihantar ke hospital menaiki ambulans.

“Sehingga kini, kesemua mangsa masih belum membuat laporan polis.

“Bagaimanapun, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan kes sedang dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Sehubungan itu beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, atau melaporkannya di mana-mana balai polis berdekatan.

Related posts
ViralTempatan

VIDEO TULAR DI KLIA: MOHD SHUHAILY SEDIA TERIMA KEPUTUSAN KERAJAAN

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily…
Read more
TempatanUmum

UKM JELAS PELANTIKAN SHAHROL SHIRO SEBAGAI PENGAJAR SAMBILAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tampil memberikan penjelasan susulan pelantikan pelawak dan…
Read more
UmumTempatan

[BELASUNGKAWA] TUN DR SITI HASMAH, PERMATA NEGARA YANG KEKAL DALAM INGATAN

Pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh rakyat…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *