Tempatan

Perkhidmatan Komuter Percuma Sempena Thaipusam Cerminkan Nilai Inklusif Kerajaan MADANI

Keretapi Tanah Melayu Berhad akan menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb. 

SHAH ALAM: Penyediaan perkhidmatan Komuter KTM secara percuma sempena Thaipusam bukan sahaja menggembirakan masyarakat India, tetapi juga mencerminkan nilai inklusif dan semangat kebersamaan yang diutamakan oleh kerajaan MADANI.

Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, V. Papparaidu menyatakan bahawa keputusan ini membuktikan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat.

“Dengan memberikan perkhidmatan percuma ini, kerajaan bukan sahaja membantu golongan kurang berkemampuan tetapi juga menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku semasa perayaan besar.

“Langkah ini juga selari dengan matlamat kelestarian alam sekitar kerana penggunaan pengangkutan awam yang lebih meluas boleh mengurangkan pelepasan karbon daripada kenderaan persendirian,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Februari.

Kemudahan ini ditawarkan kepada penumpang KTM Komuter Lembah Klang dengan menggunakan mekanisme imbasan keluar melalui pintu automatik (ACG) dan akan beroperasi selama 24 jam sepanjang empat hari bermula pada Ahad.

Related posts
Tempatan

Harga Lantai Padi Baharu Dijangka Ringankan Beban Pesawah

Pesawah di negeri Kedah berharap pengumuman harga lantai belian padi baharu minggu depan akan…
Read more
Tempatan

Laluan Ke Taman Negara Niah Terputus Akibat Banjir

Tinjauan menunjukkan air naik antara 50cm hingga dua meter di pintu masuk Gua Niah menyebabkan…
Read more
Tempatan

Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev Tiba di Malaysia untuk Lawatan Rasmi Selama Dua Hari

Pesawat yang membawa Presiden Shavkat Mirziyoyev dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *