Tempatan

Laluan Ke Taman Negara Niah Terputus Akibat Banjir

Tinjauan menunjukkan air naik antara 50cm hingga dua meter di pintu masuk Gua Niah menyebabkan satu-satunya jambatan di kawasan itu tenggelam.

KUCHING: Laluan ke Taman Negara Niah yang menempatkan Tapak Warisan Dunia Kompleks Gua Niah, kini terputus akibat banjir sejak beberapa hari lalu.

Tinjauan telah mendapati bahawa air naik antara 50cm hingga dua meter di pintu masuk gua dari pejabat taman negara telah menyebabkan satu-satunya jambatan di kawasan itu tenggelam.

Menurut Pengurus Besar Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Abang Arabi Abang Aimran, pejabat taman tersebut juga kini ditenggelami air.

“Kami bernasib baik kerana tiada pelancong yang terperangkap datang menginap, kerana telah mengambil tindakan awal menutup kemasukan ke sini, ketika hujan luar biasa minggu lalu,” katanya.

Jelasnya, selain Niah, antara kawasan yang terjejas ialah Taman Negara Bukit Lambir di Miri dan Taman Negara Loagan Bunut.

Pada pagi Rabu, kata Abang Arabi, pihaknya menerima laporan berlaku fenomena kepala air di Taman Negara Gunung Gading.

“Tiada mangsa terlibat dan tiada pengunjung berada di kawasan tersebut pada waktu tersebut.

“Ia berpunca daripada hujan yang tidak berhenti selama 10 jam, yang turut menyebabkan air Sungai Batang Kayan melimpah,” katanya lagi.

Menurutnya, pihak SFC sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dan mendapatkan nasihat daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak sebelum membenarkan sebarang aktiviti di kawasan tersebut.

Buat masa ini, taman-taman negara yang terjejas berkemungkinan akan ditutup selama sebulan bagi menjalankan penilaian anggaran kerosakan, tambahnya.

Related posts
Tempatan

Harga Lantai Padi Baharu Dijangka Ringankan Beban Pesawah

Pesawah di negeri Kedah berharap pengumuman harga lantai belian padi baharu minggu depan akan…
Read more
Tempatan

Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev Tiba di Malaysia untuk Lawatan Rasmi Selama Dua Hari

Pesawat yang membawa Presiden Shavkat Mirziyoyev dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya…
Read more
Tempatan

Perkhidmatan Komuter Percuma Sempena Thaipusam Cerminkan Nilai Inklusif Kerajaan MADANI

Keretapi Tanah Melayu Berhad akan menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *