Agama

ALIFF DANIEL DAN IBU DITAHAN BANTU SIASATAN, 14 INDIVIDU LAIN DIJANGKA DIPANGGIL

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan Aliff Daniel bersama ibunya ditahan di Kuala Lumpur pada tengah hari 13 Oktober bagi membantu siasatan berhubung kes yang tular.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata tangkapan dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Penahanan itu dibuat menerusi waran tangkap bersaling yang dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Menurut beliau, kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Sekurang-kurangnya 14 individu lain turut dijangka dipanggil membantu siasatan berdasarkan hasil risikan JAIS.

Mohd Shahzihan menegaskan pihaknya memandang serius kes berkenaan. Setiap tindakan akan dilaksanakan mengikut bidang kuasa, peruntukan undang-undang dan fakta yang diperoleh.

JAIS turut menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan spekulasi serta penyebaran maklumat yang belum disahkan. Masyarakat diminta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan.

Related posts
Agama

USRAH NON STOP ZAYAN CATAT LEBIH 2.6 JUTA TONTONAN DALAM 24 JAM

– Foto Astro Radio – Program khas Usrah Non Stop sempena ulang tahun kesembilan ZAYAN…
Read more
ViralAgama

PEMENTASAN TEATER DIDAKWA PERSENDA RUKUN NEGARA, PDRM DAN MCMC DIGESA JALANKAN SIASATAN

Sebuah rakaman pementasan teater menjadi tular di media sosial selepas didakwa mengandungi unsur…
Read more
Agama

Erdogan Tegaskan Kepentingan Kerjasama dengan Trump Selepas Kemenangannya

Erdogan menyambut baik kenyataan Trump untuk menamatkan perang Rusia-Ukraine, dan menyatakan Turkiye…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *