Umum

Silap besar curi barang Apple, pencuri ditangkap hanya selepas beberapa jam di Sri Petaling

Barangan yand dicuri adalah sebuah MacBook Pro, iPad dan Apple Watch

Petaling Jaya | Arvin Tharan berkongsi pengalamannya membantu pihak berkuasa menangkap pencuri yang mencuri barang peribadinya. Perkara itu berlaku pada 18 Januari yang lalu di SS14.

Kejadian bermula apabila mangsa yang baru keluar dari restoran mendapati cermin kereta belakang sebelah kiri miliknya telah dipecah masuk. Beliau mendapati barangan berharga yang diletakkan di bahagian belakang hilang. Beliau mengambil beberapa ketika untuk menghadam apa yang sedang berlaku.

Sumber : FB Arvin Tharan

Kemudian beliau mencari kamera litar tertutup (CCTV) yang menghala ke kenderaan beliau, namun hampa kerana tiada CCTV yang menghala terus ke kawasan kejadian. Beliau kemudian membuka aplikasi “Find my Device” melalui telefon bimbit iPhone kemudian mula mengunci semua peranti miliknya (MacBook Pro, iPad dan Apple Watch).

Arvin kemudian mula menjejak pencuri yang mencuri barang miliknya yang ketika itu berada di kawasan Sri Petaling. Mangsa kemudian memandu ke balai polis yang terdekat dan membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut. Mangsa dengan segera meminta bantuan pihak berkuasa untuk menangkap pencuri tersebut kerana masih dapat menjejaki pencuri itu yang berada di Sri Petaling.

Sampai ke lokasi (sebuah kedai makan di Sri Petaling) pihak polis meminta mangsa mengecam pencuri tersebut kerana jika ternampak kehadiran pihak polis, mereka takut pencuri tersebut akan melarikan diri. Beliau kemudian masuk ke kedai makan tersebut seolah-olah hendak membeli makanan.

Mangsa kemudian bergerak di dalam kedai bagi mendapatkan lokasi tepat pencuri. Beliau kemudian terserempak seorang lelaki dengan jam Apple Watch beliau. Bagi memastikan jam itu betul miliknya, beliau mendekati pencuri tersebut dengan memesan makanan berhampiran pencuri tersebut.

Selepas memastikan barangan itu miliknya, dia keluar dari kedai makan dan memanggil pihak berkuasa bagi menahan pencuri terbabit.

Kejadian itu dirakam mangsa sebagai bukti untuk dibawa ke balai polis. Pencuri itu ditahan di tempat kejadian bersama barang mangsa yang dicuri.

Cerita ini dikongsikan Arvin Tharan melalui laman Facebook milik beliau. Beliau berkongsi cerita tersebut sebagai peringatan untuk tidak meninggalkan barang berharga di dalam kereta.

Video kejadian boleh diakses melalui link dibawah :

(2) USJ Community 社区 | Sharing my story to caution everyone | Facebook

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *