UmumViral

Pengantin Undang Band Black Metal Hiburkan Tetamu Di Majlis Kahwin

Majlis pernikahan merupakan majlis yang sangat penting dan istimewa untuk pasangan pengantin dan juga kedua-dua buah keluarga.

Sudah pasti ketika majlis berkenaan, persediaan khusus dari segala segi amat dititik beratkan termasuklah untuk menceriakan suasana.

Bukan biasa-biasa ni

Namun, menerusi perkongsian video yang tular di Instagram, pasangan pengantin di Indonesia memilih untuk memberikan persembahan dari band Black Metal untuk ‘dinikmati’ para hadirian.

Melalui posting yang dikongsi akaun Instagram @xtremmerch, pasangan yang mengenakan pakaian pengantin adat negara tersebut dilihat duduk di tepi pentas utama sambil khusyuk mendengar bunyi muzik keras berkenaan.

Lihat video di sini :

https://www.instagram.com/reel/CoD-uAwAvpN/?utm_source=ig_web_copy_link

Penonton nampak enjoy pula

Tak hanya itu, mereka yang menonton juga telah menggerakkan-gerakan kepala mengikut rentak lagu black metal yang agak keras itu.

Menjengah ke Facebook pengantin yang dikenali sebagai Bulan Fi Sabilillah, dia telah berkongsi gambar bersama anggota band tersebut diatas pentas bersama suaminya.

Perkongsian berkenaan nyata mendapat perhatian ramai dan rata-rata meninggalkan komen terkejut serta ‘kagum’ dengan acara di majlis pernikahan itu.

Para peminat muzik metal juga merasakan persembahan tersebut sangat hebat dan ramai yang ingin mencontohi pasangan terbabit yang mengundang band black metal di majlis pernikahan mereka.

Sumber : Instagram @xtrememerch, Facebook Bulan Fi Sabilillah

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *