Umum

Luqman Hakim berkelana ke Iceland, sertai Njardvik FC

SELEPAS tiga tahun di Belgium, penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin melebarkan sayap apabila sah menyertai kelab Liga Iceland, Njardvik FC secara pinjaman.

Perkara tersebut diumumkan kelab yang berpangkalan di Reykjanes itu menerusi media sosial, hari ini.

Luqman Hakim bakal mempersembahkan aksinya bersama Njardvik FC untuk musim 2023 bersama kelab yang bermain dalam liga divisyen kedua Iceland iaitu Lengjudeild karla.

“Njardvík mencapai kata sepakat dengan KV Kortrijk untuk meminjam Luqman Hakim selama semusim sepanjang 2023.

“Luqman yang berasal dari Malaysia, adalah pemain di bahagian serangan dengan jumlah dua penampilan bersama Malaysia dan banyak penampilan bersama skuad junior.

“Pemain berusia 20 tahun itu termasuk dalam senarai 60 pemain muda berpotensi pada 2019. Dia menyertai Kortrijk pada 2020 dan membuat dua penampilan dalam Liga Belgium. Selain itu, dia juga beraksi bersama skuad B-21 Tahun kelab.

“Luqman tiba di negara ini dan kami tidak sabar untuk melihat dia beraksi dengan memakai jersi pasukan,” kata kelab itu.

Luqman Hakim yang dilihat sebagai bintang sensasi dalam pembikinan menyertai KV Kortrijk pada tahun 2020.

Graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu membuat penampilan sulung bersama kelab liga utama Belgium tersebut pada 24 Oktober 2020 ketika bertemu Anderlecht sebagai pemain gantian.

Selepas itu, Luqman Hakim bagaimanapun hanya beraksi bersama skuad B-21 KV Kortrijk sebelum membuat penampilan kedua bersama skuad senior dalam perlawanan menentang KVC Westerlo, Oktober lalu.

Sumber : Utusan Malaysia

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *