Umum

Datuk Zainal Abidin Hassan Beri Nasihat Kepada Luqman Hakim

Bekas pemain skuad kebangsaan dan jurulatih berpengalaman, Datuk Zainal Abidin Hassan memberikan nasihat kepada penyerang muda negara, Luqman Hakim setelah melengkapkan perpindahan ke kelab Liga Iceland, Njardvik FC secara pinjaman baru-baru ini.

Menurut Datuk Zainal Abidin Hassan, Eropah merupakan tempat terbaik bagi Luqman Hakim untuk mengasah bakat serta meraih pengalaman dan berharap pemain itu terus berada di sana.

“Tahniah kepada Luqman Hakim. Selagi dia berada dalam dunia Eropah, ia tetap pentas terbaik. Saya ucapkan selamat maju jaya dan jangan putus asa. Kita tahu betapa tingginya mutu bola sepak di sana.

“Untuk pasukan Malaysia pergi lebih jauh, kita perlukan lebih ramai pemain berhijrah khususnya di Eropah untuk menimba pengalaman dan kukuhkan pasukan kebangsaan,” katanya dipetik dari laporan Sinar Harian.

Njardvík meminjam Luqman selama setahun dan mereka mengumumkan ketibaan pemain berusia 20 tahun itu menerusi laman media sosial rasmi pasukan.

“Njardvík telah mencapai kata sepakat dengan KV Kortrijk untuk meminjam Luqman Hakim selama semusim sehingga saingan 2023 tamat.

“Berasal dari Malaysia, Luqman merupakan pemain di bahagian serangan dengan jumlah dua penampilan bersama Malaysia dan banyak penampilan bersama pasukan junior.

“Pemain berusia 20 tahun itu termasuk dalam senarai 60 pemain muda berpotensi pada 2019. Beliau menyertai Kortrijk pada 2020 dan sejak itu telah membuat dua penampilan bersama skuad senior. Selain itu, beliau juga beraksi bersama skuad B-21 Tahun kelab.

“Luqman telah tiba di negara ini dan kami tidak sabar untuk melihat beliau beraksi. Kami mengucapkan selamat datang kepada Luqman,” dipetik dari kenyataan pihak kelab.

Musim ini, Luqman diturunkan dalam beberapa perlawanan bersama skuad senior KV Kortrijk seperti ketika menentang OH Leuven pada aksi peringkat 16 pasukan terakhir Piala Belgium.

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *