HiburanUmum

Aina Abdul ‘bolot’ semua RM112,000, juara AJL37 serta vokal terbaik!

Lagu Terus Hidup nyanyian Aina Abdul dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Axiata, Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Aina yang juga merupakan penulis lirik dan komposer telah membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi juara AJL37.

@tv3malaysia • Instagram photos and videos

Naib juara pula milik lagu Satu Malam Di Temasek , ciptaan Joe Flizzow & SonaOne meraih trofi berserta wang tunai RM50,000.

Tempat ketiga pula memperlihatkan lagu Anugerah Terindah dendangan Alif Satar & The Locos membawa pulang trofi berserta wang tunai RM30,000.

Tak hanya sebagai juara, Aina turut membawa pulang trofi Vokal Terbaik apabila persembahannya melayakkan penyanyi berusia 29 tahun itu untuk merangkul trofi berserta wang tunai RM12,000.

Bagi kategori persembahan terbaik pula, lagu Irama dendangan Shiha Zikir telah membawa pulang trofi berserta wang tunai RM12,000.

Manakala penyanyi pilihan penaja utama, Alha Alfa Cosmetics telah dimenangi oleh Khai Bahar yang menerima hadiah bernilai RM12,000 juga.

Lapan lagu lain yang bertanding adalah Nang nyanyian Iman Troye, Mainan (Naim Daniel), Kembali Terang (Marsha Milan), Sengsara (Khai Bahar), Payung Pelangi (Noki & Mk), Bahagiakan Dia (Liza Hanim & Shila Amzah), Debu (Amir Masdi & Dayang Nurfaizah) dan Korban dendangan Ernie Zakri.

Acara penuh berprestij berkenaan turut diserikan dengan persembahan daripada Azlan The Typewriter, Wany Hasrita, Waris, Tuju & Loca B, kumpulan Exist, Blues Gang dan Masdo.

AJL37 dihoskan pengacara Jihan Muse dan Sherry Alhadad dengan kehadiran Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil.

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *