Umum

Perkhidmatan feri Langkawi-Kuala Perlis-Langkawi pada 1 & 2 Mac dihentikan

Penumpang feri dinasihatkan untuk menggunakan laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi pada 1 dan 2 Mac depan. – Gambar fail

ALOR SETAR: Perkhidmatan feri bagi laluan Langkawi-Kuala Perlis-Langkawi pada 1 dan 2 Mac depan terpaksa dihentikan berikutan paras air laut di alur pelayaran Kuala Perlis dijangka berada di bawah paras 1.6 meter.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Venture Sdn Bhd Kapten Dr Baharin Baharom berkata keadaan paras air itu mungkin akan menyebabkan tidak selamat untuk dimasuki oleh feri.

“Penumpang dinasihatkan untuk menggunakan laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi pada 1 dan 2 Mac depan. Terdapat lima masa perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah iaitu pada 7.30 pagi, 10 pagi, 1 tengah hari, 4 petang dan 7 malam.

“Manakala bagi laluan Kuala Kedah ke Langkawi, masa perjalanan adalah pada 7 pagi, 10.30 pagi, 1 tengah hari, 4 petang dan 7 malam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata semakan dan tempahan tiket secara dalam talian boleh dilakukan melalui aplikasi ‘Cuti-Cuti Langkawi’.

Sumber : BERNAMA

Related posts
Umum

CENDERAHATI RESEPSI SYED SADDIQ DAN BELLA DITAWARKAN RM350, NETIZEN BERI PELBAGAI REAKSI

Cenderahati yang didakwa daripada majlis perkahwinan Syed Saddiq dan Bella Astillah menjadi…
Read more
Umum

TAHU RANCANGAN NIKAH BASS SEJAK SYAWAL, PENGASAS HIJABISTA HUB PILIH SIMPAN RAHSIA

Pengasas Hijabista Hub, Wanie Elena, bersama suaminya, Syafiq Hilmi, mendedahkan mereka mengetahui…
Read more
Umum

WANITA PELAWA NORA DANISH JADI MADU, AKTRES DOAKAN SUAMINYA KEKAL SETIA

Aktres Nora Danish berkongsi mesej peribadi daripada seorang wanita yang mempelawanya menjadi isteri…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *