Umum

Perhilitan lancar operasi tangkap buaya ‘tular’ Tanjung Bidara

MOHD Firdhaus (kanan) dan Ab Rauf meneliti perangkap buaya sebelum memulakan operasi di Kompleks Perahu Layar, Pengkalan Balak dekat Masjid Tanah hari ini. FOTO Hassan Omar (HMetro)

Masjid Tanah: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka, hari ini, melancarkan operasi menangkap dan memindahkan seekor buaya yang dikesan sering berada di persisiran pantai Tanjung Bidara hingga Kuala Linggi, di sini.

Operasi yang dibantu pelbagai pasukan keselamatan dan agensi kerajaan itu bertujuan memindahkan seekor buaya dianggarkan sepanjang lebih dua meter dan seberat lebih 200 kilogram ke Paya Indah, Sepang, Selangor.

Pengarah Perhilitan negeri, Mohd Firdhaus Mahmood berkata, operasi itu dilaksanakan dengan memasang dua perangkap masing-masing di persisiran pantai peranginan Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara, iaitu lokasi yang dikatakan sering menjadi laluan reptilia berkenaan.

“Operasi hari ini mencuba mengesan di mana buaya itu berada dan laluannya dan jika ada, usaha menghalaunya ke kawasan perangkap akan dilakukan.

“Walaupun setakat ini belum ada laporan nelayan atau pengunjung pantai peranginan di sini diserang buaya, usaha proaktif harus dilakukan bagi menjamin keselamatan orang ramai,” katanya ketika ditemui pada operasi itu di Kompleks Perahu Layar, Pengkalan Balak di sini.

Selain pegawai dan kakitangan Perhilitan, operasi itu turut dibantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM) serta Majlis Perbandaran Alor Gajah.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Mohd Firdhaus berkata, habitat buaya berkenaan adalah di Sungai Linggi dan reptilia itu dipercayai terpisah daripada kumpulan kira-kira 260 buaya yang menyebabkan ia berenang dari Kuala Linggi hingga Tanjung Bidara.

Katanya, kajian Perhilitan mendapati di Sungai Linggi masih mempunyai sumber bekalan makanan yang tidak memungkinkan reptilia itu berpindah ke kawasan lain.

Sehubungan itu, beliau meminta nelayan atau pengunjung pantai yang mengesan buaya itu supaya tidak mengganggunya kerana jika merasakan terancam, ia boleh bertindak agresif.

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *