Hiburan

Amelia Hendeson benci digelar janda, minta henti rendahkan martabat wanita

Selain memiliki rupa paras yang jelita serta berperwatakan, pelakon dan pengacara kacukan India-Scotland, Amelia Henderson juga memiliki rekod tahap intelligence quotient (IQ) 180.

Seorang warganet dikenali @ilazoryzzi menerusi ciapan di laman Twitter miliknya.

“Saya baru tahu Amelia Henderson merupakan salah seorang ahli Mensa International yang disahkan mempunyai tahap IQ 180. Dia seorang yang cantik, kelakar, berbakat besar, bijak berbual dan genius,”ciapnya.

Bagaimanapun, ada seorang individu menyentuh mengenai status perkahwinannya sebagai janda iaitu wanita yang pernah berkahwin.

Ciapan berkenaan telah menarik perhatian pemilik nama Amelia Thripura Henderson dengan mengatakan dia benci akan gelaran ‘janda’ yang sering digunakan oleh orang ramai.

Katanya, dia tidak mempunyai sebarang masalah bergelar janda, namun sangat benci sekiranya orang memandangkan rendah akan status yang dipegangnya itu.

“Jika masalah besar mengenai saya adalah kerana saya pernah berkahwin, saya baik-baik sahaja.

“Lagipun, saya sangat benci perkataan janda,”ujarnya yang pernah berkahwin dengan kerabat diraja Kedah.

Dalam pada itu, aktres berusia 28 tahun itu meminta orang ramai berhenti merendahkan martabat seseorang wanita hanya kerana gagal dalam hubungan perkahwinan mereka.

“Boleh tak kita semua berhenti merendahkan martabat seseorang wanita dengan menilai status hubungan seseorang pada tahun 2023 ini?” pintanya.

Amelia berkata, dia lebih selesa sekiranya orang ramai mengenalinya menerusi pencapaiannya sebagai anak seni sepanjang 27 tahun terlibat aktif berbanding status janda dimilikinya.

“Saya ini merupakan seorang pelakon pemenang anugerah, model, pengacara, produser dan penari yang berpengalaman selama 27 tahun.

“Janda adalah perkataan yang paling biadap dan tidak menarik untuk menggambarkan diri saya,”ujarnya lagi.

Jelasnya, perkahwinan adalah sesuatu yang indah dan bukannya pencapaian. Seseorang wanita mempunyai pilihan untuk berkahwin atau pernah berkahwin tetapi tidak bertahan lama.

Pintanya lagi, masyarakat seharusnya menghentikan tekanan kepada mereka untuk mendirikan rumah tangga sekiranya belum bersedia.

Sekadar info, Amelia pernah mendirikan rumah tangga bersama Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar pada 14 Ogos 2015 selepas setahun setengah menjalin hubungan cinta. Perkahwinan yang terlerai pada 2018, bagaimanapun, tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: ohmymedia

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *