Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum memasuki rumahnya.

NEW DELHI: Bintang terkenal Bollywood, Saif Ali Khan meninggalkan hospital di Mumbai pada Selasa selepas menerima rawatan susulan akibat serangan pisau lima hari lalu. Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum memasuki kediamannya, lapor media tempatan.

Pelakon berusia 54 tahun itu ditikam enam kali, termasuk satu tikaman berhampiran tulang belakang, dalam serangan yang berlaku pada 16 Januari di rumahnya di kawasan elit Bandra.

Beliau memerlukan pembedahan untuk mengeluarkan serpihan pisau sepanjang 6.3 sentimeter. Serangan mengejut itu menimbulkan persoalan tentang keadaan undang-undang dan ketenteraman di Mumbai, terutamanya selepas beberapa insiden jenayah berprofil tinggi kebelakangan ini.

Polis Mumbai memaklumkan bahawa suspek yang dipercayai berasal dari pinggir bandar Thane telah ditahan. Pihak berkuasa mendakwa suspek adalah seorang warganegara Bangladesh yang memasuki India secara haram dan menukar namanya.

Related posts
Hiburan

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL CATAT RM6.5 JUTA, TERMASUK TAYANGAN AWAL

– Foto Astro Shaw – Filem Kudrat 1968: High Council mencatat kutipan terkumpul RM6.5…
Read more
Hiburan

24 TAHUN BERKARYA, MISHA OMAR RAIKAN IDENTITI SENDIRI MENERUSI AKU & LELAKI

– Foto Astro Awani – Selepas 24 tahun dalam industri muzik, Misha Omar meraikan…
Read more
Hiburan

LEBIH 10,000 TETAMU MERIAHKAN KENDURI RAKYAT SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH DI MUAR

Majlis resepsi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah di Muar, Johor pada 25 Oktober 2026…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *