Hiburan

Malala Yousafzai pertama kali datang Oscar, selendang Ralph Lauren jadi tumpuan

Yousafzai yang tampil dengan dres lengkap selendang dari Ralph Lauren mengaku teruja kerana diberi peluang berada di Oscar. – Foto GEMPAK

ANUGERAH penghargaan berprestij, Academy Awards ke-95 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles baru-baru ini menyaksikan tumpuan bukan hanya diberikan kepada para pemenang, tetapi juga jemputan yang ‘berjalan’ di karpet merah.

Seperti satu tradisi, selain mengumumkan pemenang, fesyen atau penampilan tetamu turut menarik perhatian.

Salah seorang tetamu yang menarik perhatian media adalah kehadiran figura bernama Malala Yousafzai. Malala yang cukup ikonik sebagai pemenang Nobel dan aktivis dan menjaga hak wanita malah hadir buat pertama kali dalam anugerah berprestij tersebut.

Kehadiran wanita yang pernah ditembak di kepala oleh Taliban kerana memperjuangkan hak pendidikan pelajar perempuan di Pakistan itu disifatkan lain daripada penampilan selebriti perempuan yang hadir apabila memakai dres lengkap selendang.

Difahamkan, dres silver lengkap selendang yang menonjolkan penampilannya itu dihasilkan dari rumah busana terkenal, Ralph Lauren.

Yousafzai, 25, mengaku teruja kerana diberi peluang berada di Oscar.

“Ia seperti mimpi, ini kali pertama saya di sini (Oscar). Terlalu ramai wanita yang hebat dan menarik hadir di sini membuatkan saya tidak percaya untuk turut berada di sini,” katanya seperti dilaporkan thenationalnews.com.

Dia juga menambah tidak sabar untuk bertemu dan melihat persembahan Rihanna.

“Saya tidak tahu apa akan jadi selepas bertemu atau melihat persembahan Rihanna,” katanya lagi.

Kehadiran Yousafzai di Oscar adalah atas tiket sebagai Penerbit Eksekutif Dokumentari Pendek, ‘Stranger at the Gate’. Dokumentari tersebut telah tercalon dalam kategori Dokumentari Terbaik Oscar.

“Karya ini adalah sebuah cerita yang sangat kuat tentang keampunan dan keinsafan. Saya rasa sangat bangga kerana dapat menjadi salah seorang penggerak karya ini,” ujarnya.

Sumber : Astro Gempak

Related posts
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more
Hiburan

FASHA SANDHA AKUI PERNAH TERASA HATI, BELAJAR FAHAMI KEHIDUPAN ELISYA SELEPAS BERKAHWIN

– Astro Gempak’s Photo – Pelakon Fasha Sandha mengakui pernah berkecil hati…
Read more
Hiburan

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL CATAT RM6.5 JUTA, TERMASUK TAYANGAN AWAL

– Foto Astro Shaw – Filem Kudrat 1968: High Council mencatat kutipan terkumpul RM6.5…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *