HiburanUmum

Penyerang Kamal Adli direman dua minggu untuk penilaian psikiatri

Kamal Adli dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 selama tiga hari bermula Jumaat. – Gambar fail

SINGAPURA: Mahkamah Singapura menetapkan lelaki yang didakwa menyerang artis Malaysia Kamal Adli akan direman dua minggu bagi menjalani ujian psikiatri.

“Tertuduh akan direman di Institut Kesihatan Mental selama dua minggu bagi menjalani penilaian psikiatri,” kata Hakim Daerah Terence Tay yang bersetuju dengan permohonan pendakwa raya menahan tertuduh bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.

Tay berkata bahawa sebutan semula kes itu akan dibuat pada 28 Mac.

Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negeri di sini pada Selasa (14 Mac) kerana “terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.”

“Jika sabit kesalahan, kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman itu,” menurut SPF dalam kenyataan

Pada Ahad (12 Mac) kira-kira jam 9.19 malam, Pasukan Polis Singapura telah dimaklumkan mengenai serangan di 1 Expo Drive di mana suspek didakwa menyerang seorang lelaki berusia 36 tahun dengan cota.

Polis telah merampas cota berkenaan untuk dijadikan bahan bukti dan siasatan sedang dijalankan.

Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.

Dia dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 selama tiga hari bermula Jumaat.

Menurut Uqasha, kejadian itu berlaku pada penghujung acara tetapi tidak memberi butiran lanjut mengenai punca suaminya diserang.

Related posts
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more
Hiburan

FASHA SANDHA AKUI PERNAH TERASA HATI, BELAJAR FAHAMI KEHIDUPAN ELISYA SELEPAS BERKAHWIN

– Astro Gempak’s Photo – Pelakon Fasha Sandha mengakui pernah berkecil hati…
Read more
Hiburan

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL CATAT RM6.5 JUTA, TERMASUK TAYANGAN AWAL

– Foto Astro Shaw – Filem Kudrat 1968: High Council mencatat kutipan terkumpul RM6.5…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *