HiburanUmum

Roslan Shah dedah ugutan bunuh Kamal Adli diterima pada hari perkahwinan

Sebagai pihak yang bertanggungjawab membawa pameran drama Akira Khan termasuk beberapa selebriti Malaysia ke Singapura, Roslan mengakui tidak berasa kesal. – Gempak

SEBELUM ini pelakon Uqasha Senrose mendedahkan ada menerima mesej ugutan daripada seorang individu tidak dikenali untuk membunuh suaminya, Kamal Adli.

Terbaharu, pengacara Roslan Shah mendedahkan mesej ugutan tersebut diterima pasangan itu pada hari majlis perkahwinan mereka pada 2021.

Kata Roslan atau mesra dengan sapaan Cik Lan, perkara itu dimaklumkan oleh salah seorang pekerja Uqasha dan Kamal kepadanya.

“Kami dimaklumkan oleh salah seorang admin (staf) Uqasha dan Kamal mengenai mesej ugutan tersebut yang diterima pada hari perkahwinan mereka.

“Namun, apa motif mesej tersebut dihantar oleh individu itu masih belum dapat dikenal pasti. Semuanya akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis,” katanya.

Dalam pada itu, sebagai pihak yang bertanggungjawab membawa pameran drama Akira Khan itu termasuk beberapa selebriti Malaysia ke Singapura, dia tidak berasa kesal. Namun, berharap kawalan keselamatan akan diperketatkan selepas ini.

“Saya tidak rasa kesal pun sebab niat saya cuma bawa selebriti Malaysia ke sana mencari rezeki. Tiada siapa pun mahu kejadian tersebut berlaku dan ianya tidak disangka.

“Saya harap selepas ini pihak penganjur akan perketatkan keselamatan termasuk untuk peniaga dan pengunjung. Ada kemungkinan juga untuk mendapatkan khidmat pengawal keselamatan,” tambahnya.

Terdahulu, Uqasha memaklumkan mengenai suaminya, pelakon Kamal Adli mengalami kecederaan parah selepas diserang oleh individu tidak dikenali ketika mereka menghadiri acara di Singapura pada malam Ahad.

Uqasha turut berkongsi satu tangkap layar mesej yang pernah diterima daripada lelaki berkenaan sebelum ini mengugut untuk membunuh Kamal.

Dalam pada itu, difahamkan Kamal kini dalam keadaan stabil selepas selamat menjalani pembedahan dan berada dalam kawalan pihak polis untuk membantu siasatan.

Sumber : Astro Gempak

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *