Umum

Tiada keajaiban Ramadan buat Najib, kekal dipenjara 12 tahun

Najib dilaporkan sudah memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September tahun lalu. – Gambar fail

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Susulan itu, keputusan yang dibuat 23 Ogos tahun lalu oleh panel hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengekalkan sabitan bersalah, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, adalah kekal.

Empat panel hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan untuk menolak permohonan bekas Perdana Menteri itu.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Kiat ketika membacakan keputusan itu memberitahu, hak Najib untuk mendapatkan perbicaraan yang adil tidak dinafikan ketika pendengaran rayuan.

Sebaliknya, katanya, peguam beliau, Datuk Hisyam Teh Po Teik enggan mengemukakan penghujahan lisan walaupun dibenarkan berbuat demikian oleh Tengku Maimun.

Justeru, katanya, Tengku Maimun akhirnya terpaksa menolak rayuan tersebut.

“Sehubungan itu, tiada kesilapan mahkamah ketika pendengaran rayuan Najib dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta oleh panel hakim pada tahun lalu,” katanya di Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini.

Sumber : Awani

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *