HiburanGosip

‘Tak sabar nak jumpa cinta hati’ – Daiyan Trisha sekali lagi tunai umrah di bulan Ramadan

Daiyan bersyukur kerana dijemput untuk kali kedua menunaikan ibadah berkenaan

PELAKON dan penyanyi, Daiyan Trisha sekali lagi mengambil kesempatan dalam keberkatan bulan Ramadan ini untuk menunaikan umrah sekali lagi.

Daiyan bersyukur kerana dijemput untuk kali kedua menunaikan ibadah berkenaan.

“Daiyan sekarang sudah pun berada di Madinah, kota yang paling indah.

“Selari dengan niat untuk menunaikan umrah setiap Ramadan, syukur Alhamdulilah tahun ini Daiyan dijemput sekali lagi untuk berada di sini buat kali kedua,” katanya.

Daiyan berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, pelakon Project High Council itu turut memohon agar perjalanan umrahnya bersama ahli keluarga berjalan dengan lancar dan dipermudah.

“Daiyan pohon doa dan ampun dari kalian atas salah dan silap, dan Daiyan harap semua boleh doakan perjalanan pergi balik Daiyan dan mummy, berserta semua jemaah-jemaah yang lain.

“Semoga kami dikurniakan umrah yang mabrur.

“Tak sabar nak jumpa cinta hati, beberapa hari saja lagi,” ujarnya.

Kemas kini berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan keselamatan serta kesejahteraannya di sana.

Tahun lalu Daiyan turut menunaikan umrah di bulan Ramadan dan dia terserempak selebriti lain termasuk Naim Daniel.

Sumber : Gempak

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *