HiburanVideoViral

“Mana hang punya selendang?” – Ingatkan Bergaduh, Netizen Geli Hati Lihat Diva AA ‘Serang’ Diva BB

Ramai rasanya sudah sedia maklum dengan gelagat bekas pengacara terkenal, Azwan Ali atau lebih mesra dikenali sebagai Diva AA yang lantang apabila berkata-kata.

Baru-baru ini, tular beberapa video memaparkan seorang lelaki menggelarkan dirinya sebagai Diva BB, dilihat meniru tingkah laku Diva AA.

Diva BB yang juga mengusahakan perniagaan durian di Pulau Pinang ini agak terkenal di TikTok dan sering memparodikan watak Diva AA tersebut.

Diva AA ‘serang’ Diva BB?

Walau bagaimanapun, ada ura-ura mengatakan Diva AA kurang senang dengan tindakan Diva BB yang dilihat meniru gayanya dan tup-tup hari ini tular pula video selebriti berkenaan dikatakan ‘menyerang’ influencer TikTok tersebut.

Alamak biar betul? Tapi korang jangan kalut dulu sebab…

Menerusi video yang dikongsikan mrs.iela di TikTok, kelihatan Diva AA telah ‘menyerang’ Diva BB di kedainya dan siap mengusik mengapa lelaki berkenaan tidak memakai selendang sepertinya.

Namun menerusi video lain, kedua-duanya dilihat mesra bertegur sapa dan Diva AA juga sempat berjenaka dengan pelanggan di kedai berkenaan. Laa ingatkan bergaduh rupanya dah jadi bestfriend!

“Kena scam rupanya, ingatkan bebetul gaduh”

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan ternyata geli hati dan memuji sikap Diva AA yang pada mulanya dirasakan akan marah tetapi sebenarnya dia hanya mengusik Diva BB sahaja.

Malah ramai juga yang mengatakan Diva AA sebenarnya baik orangnya walaupun dia agak jujur dan lantang apabila berkata-kata.

Kembar Diva Aa

Mula-mula min pun ingat dorang nak bergaduh, rupanya tak… Semoga Diva AA sihat-sihat sahaja hendaknya ye.

@mrs.iela

Replying to @Marshall? diva BB kena serang ??? kau sekolah tak? sudahnya netizen yg pening ?? #fypシ #divaAA #divaBB #divaAAmarahdivaBB

♬ original sound – ? – ?

Credit : Tik Tok @mrs.iela dan @amiruddin87_

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *