Umum

Rezeki Tak Putus, Akademi Memandu ‘Sponsor’ Pelajar Cemerlang 11A Buat Lesen Pula!

Selepas terima lebih 10 tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran, pelajar cemerlang 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 iaitu Muhammad Syahril Saidi kini terima ‘sponsor’ lesen memandu pula.

Memetik laporan Utusan, selain lesen memandu percuma, Akademi Memandu Amkist (Amkist) turut memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM1,000. Sekolah memandu juga memulangkan wang bayaran ujian memandu yang telah dibuat Syahril.

Lesen memandu percuma

Menurut Syahril, sebelum ini abang dan kakaknya ada beri wang untuk tujuan lesen memandu demi untuk memudahkan urusannya yang menjaga ibu sakit sejak empat tahun lalu.

Tetapi, jadual belajar memandu terpaksa ditukar sebelum ini kerana dia lebih fokus kepada tanggungjawab menjaga ibu.

Malah, Syahril sepatutnya menduduki ujian pemanduan motosikal pada 11 Jun lalu tapi terpaksa ditangguhkan kerana ibu meninggal dunia.

Dengan rasa sebak, pelajar ini berterima kasih kepada pihak Amkist yang sudi menanggung perbelanjaan buat lesen kelas D dan B2.

Dengan adanya lesen memandu, urusannya berulang-alik ke sekolah bagi menyambung pengajian ke peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) lebih mudah.

Difahamkan, Muhammad Syahril akan menduduki ujian pemanduan motosikal pada 21 Jun ini selain menduduki pembelajaran memandu kereta selama 14 jam lagi.

Sumber: Utusan

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *