GosipHiburanViral

Rizal Ghazali Mengaku Tak Bersalah, Siap Minta Kadar Jaminan Dikurangkan

Sebelum ini tular satu berita mendakwa pemain pertahanan Sabah FC, Mohd Rizal Mohd Ghazali didakwa pukul kekasihnya hingga cedera di sebuah hotel, dua minggu lalu.

Pemain bola itu didakwa atas dua pertuduhan memukul kekasihnya, Hani Farhana Hasrul Sani dan membuat khianat dengan merosakkan telefon bimbit mangsa.

Rizal mengaku tak bersalah

Walau bagaimanapun, atlet berusia 31 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Maryam Jamilah Md Kamal mencadangkan Rizal diberi ikat jamin sebanyak RM7,000 dan memenuhi syarat tambahan iaitu tidak akan mengganggu mangsa serta saksi.

Namun peguam tertuduh, Datuk Suraj Singh meminta agar kadar jaminan itu dikurangkan atas alasan anak guamnya memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan.

Dia merupakan bekas pemain skuad Harimau Malaya, perlu menanggung ibu bapanya selain tiada risiko untuk melarikan diri.

Zhafran membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan oleh pihak pendakwaan. Sebutan semua kes ditetapkan pada 24 Ogos depan.

Sumber: Sinar Harian

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *