Hiburan

Jennie BLACKPINK Dikecam!!! Tinggalkan Konsert Kerana Keletihan Kronik, Tapi Kantoi Boleh Pergi Makan Di Restoran

Anggota kumpulan Blackpink, Jennie, dikecam wargamaya selepas ‘tertangkap’ keluar makan di restoran hotpot terkenal, Haidilao, di Melbourne.

Insiden yang berlaku pada 11 Jun lalu iaitu pada malam kedua Konsert BLACKPINK di Rod Laver Arena, Melbourne, Australia, berlangsung.

Pada malam konsert tersebut, Jennie bertindak meninggalkan pentas persembahan secara tiba-tiba.

Dia kemudiannya membuat permohonan maaf dan memberitahu sebab meninggalkan pentas secara tiba-tiba kerana mengalami masalah keletihan kronik.

Maka keputusan terbaik adalah dengan memilih untuk meninggalkan konsert itu demi menjaga kesihatannya.

Namun, apabila dia dilihat makan di Haidilao bersama anggota kumpulan lain, wargamaya mula mempertikaikan alasan Jennie sebelum ini.

Jennie telah dikecam teruk menerusi pelbagai platform media sosial dan rata-rata mereka berang serta menuduhnya pemalas.

Ada juga yang meluahkan rasa kesal kerana telah ‘membazirkan’ tiket untuk menonton konsert tersebut dan kecewa dengan sikap Jennie.

Mereka turut menyatakan ini bukan pertama kali Jennie meninggalkan pentas secara tiba-tiba dan muncul dengan seribu satu alasan selepas itu.

Lebih dasyat lagi, ada yang meminta Jennie meninggalkan BLACKPINK.

Lepas ni admin pun takut nak tinggal konsert awal pi makan nasi kandaq pelita. – Lauk Tambah

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *