
Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang membuka kaunter permohonan maaf di Instagram Story.
Menerusi hantaran itu, Opai secara terbuka memohon netizen menulis nama penuh dan nombor kad pengenalan supaya dosa-dosa mereka dapat diampunkan.
Opai buka kaunter mohon maaf


Reaksi itu dibuat Opai dipercayai kerana sering dihentam susulan beberapa kontroversi panas yang dikaitkannya baru-baru ini.
Antaranya adalah kontroversi kereta bukan supercar yang dikatakan najis dan nombor pendaftaran kereta yang dikatakan palsu.

Dalam pada itu, dia turut menegur mengenai etika kewartawanan di Malaysia yang dikatakan banyak mengundang persepsi negatif mengenai orang lain.
Terdahulu, seorang lelaki dikenali sebagai Hafiz Wasa menjelaskan kenderaan McLaren yang didaftarkan di bawah namanya sebenarnya sudah dibeli Opai.
Namun, jutawan muda itu masih belum sempat menukar nama disebabkan terlalu sibuk dengan urusan perkahwinan, urusan kerja dan sebagainya.
Katanya lagi, Opai berniat membeli kenderaan itu demi untuk menyelamatkan perniagaannya yang terjejas selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.
Kredit: Instagram diariseorangtrader