HiburanViral

Kakak Dedah Bapa Guna Gaji Asif Suhaimi Untuk Berjudi, Beli Dadah

Tiada angin tiada ribut perkongsian kakak kepada YouTuber terkenal, Asif Suhaimi iaitu Siti Nur Atina menjadi perhatian apabila mendedahkan mengenai tindakan bapa mereka yang menggunakan bayaran diterima oleh Asif untuk perkara tidak baik.

Menerusi perkongsian di Facebook, Atina berkata dia sudah lama menjaga aib bapanya sendiri namun semakin lama dibiarkan semakin menjadi-jadi.

Menurut Atina lagi, dia terpaksa mendedahkan perkara itu kerana tidak tahan dengan tuduhan dilemparkan bapanya yang mengatakan dia mengambil duit hasil kerja adiknya.

Atina turut berkongsikan sehari sebelum raya Asif ada menerima bayaran sebanyak RM7,000 namun hanya RM4,000 saja diberikan kepada bapanya dan selebihnya disimpan untuk keperluan adiknya itu.

Bukan itu saja, Atina mendedahkan pada tahun 2019 bapanya itu pernah memaksa Asif untuk mengugut Syahmi supaya membayar gaji sedangkan bukan waktu menerima pembayaran.

Lebih mengejutkan, Atina mendakwa bapanya sendiri pernah mengambil dadah di depan Asif dan setiap hari Asif perlu menghadap sikap bapanya itu.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *