ViralGlobal

Tipu rekod, lelaki inap hotel 5 bintang secara percuma selama 603 hari

NEW DELHI – Polis India melancarkan siasatan terhadap suspek penipu yang bersenang-lenang menginap di sebuah hotel bertaraf lima bintang secara percuma selama hampir dua tahun.

Media tempatan pada Khamis melaporkan lelaki tersebut dikenali sebagai Ankush Dutta turut memberi rasuah kepada kakitangan premis itu untuk menipu rekodnya.

“Dutta menempah sebuah bilik di Roseate House Hotel di New Delhi pada 30 Mei 2019 dan sepatutnya mendaftar keluar pada keesokan harinya.

“Tetapi, dia melanjutkan tempoh menginap selama 603 malam dan keluar pada 22 Januari 2021 tanpa membuat bayaran berjumlah 5 juta rupee (RM283,751).

Akaun telah dipalsukan untuk menyembunyikan jumlah tunggakan sebenar,” lapor akhbar Indian Express memetik kenyataan polis berhubung aduan diterima pada 24 Mei lalu.

Difahamkan, pengurus hotel itu turut mengemukakan aduan terhadap beberapa staf yang bersubahat untuk memanipulasi sistem perisian dalaman.

Sehingga kini, tiada tangkapan dibuat.

Menurut peraturan hotel, kakitangan perlu membuat aduan kepada pegawai atasan jika mana-mana pengunjung berhutang lebih 50,000 rupee (RM2,837).

Related posts
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more
Global

Rundingan Fasa Kedua Gencatan Senjata Gaza Dimulakan, Kata Hamas

Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan…
Read more
Global

Elon Musk, Netanyahu Bertemu di Washington: Agenda Tersembunyi?

Netanyahu (kanan) dan anaknya, Yair (kiri) bergambar kenangan dengan Musk semasa mengadakan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *