Hiburan

“Aku Nak Duit Aku Je! Bayar La Hutang, Jangan Pusing-Pusing! – Ayu Puteh Fail Batal Tuntutan RM142 Juta

Pemilik Pencil Pictures Sdn Bhd iaitu Datuk Ayu Puteh hanya mahu pihak Awesome TV menjelaskan bayaran yang masih tertunggak sebanyak RM704,000 kepada produksinya.

Ayu menerusi ruangan Instagram Story menggesa Awesome untuk membayar hutang dan memohon supaya pihak terlibat supaya tidak memutar belit.

“Ye aku saman kau dulu! Aku nak duit aku je tak sampai RM 1 juta pun. Drama aku kau dah tayang dan makan hasil.

“Lepas tu kau saman Balas kat aku pulak RM142 juta. Kat mana kau rugi? Modal aku beratus ribu!

“Kau bayar deposit pun ansuran, aku buat salah apa kat kau? Jangan la pusing-pusing!,” kata Ayu dalam nada sinis.

Semalam, Mahkamah Sesyen membenarkan kes saman di antara syarikat produksi Pencil Pictures Sdn Bhd dan Awesome TV dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicararkan.

Datuk Rozana Ali Yusoff selaku hakim mahkamah berkenaan membenarkan kes itu dipindahkan pada Khamis susulan jumlah saman sebanyak RM142 juta yang difailkan Awesome TV di Mahkamah Sesyen sebelum ini melebihi bidang kuasa mahkamah tersebut.

Datuk Ayu Puteh

Peguam Zahrin Ishak yang mewakili pemilik Pencil Pictures Sdn Bhd iaitu Datuk Ayu Puteh selaku plaintif kes berkenaan memberitahu pihaknya juga sudah membuat permohonan untuk membatalkan tuntutan dibuat Awesome TV.

Kata Zahrin, permohonan bagi menolak kes berkenaan sudah dibuat pada 24 Mei lalu kerana tuntutan dibuat stesen TV berkenaan adalah tidak munasabah.

“Selain jumlah tidak munasabah, tuntutan itu mempunyai elemen mala fide (niat buruk) terhadap tuntutan Datuk Ayu melalui syarikatnya,” katanya.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Ayu ketika dihubungi BOOM! mendakwa pihak stesen TV terbabit seperti sengaja memanjangkan isu untuk mengelak daripada membayar hutang.

“Pihak berkenaan, please wake up! Kenapa masih di takuk yang sama? Melayan orang seperti awak own semua pemain industri!

“Sedangkan komunikasi dalam urus hal bayaran penerbit, krew, artis semua tak profesional dan ikut perasaan. Maaf, kami bukan boneka yang boleh dipermainkan.

“Kami kerja kerana inilah cinta kami dan semestinya untuk duit, jadi janganlah ambil kesempatan! Layan orang macam sampah dan seperti tiada langsung kesilapan dari pihak Awesome TV.

“Lepas tu macam-macam cara mereka pusing nak cover lambat bayar dan tak nak bayar. Finance bagi jawapan semua menyakitkan hati, biadab macam kami pula yang berhutang,” luahnya kesal.

Selain itu, Ayu turut mendakwa dia mangsa dan dianiaya selain menganggap tuntutan saman terhadap syarikat miliknya adalah keterlaluan.

Kontroversi bermula apabila Ayu mendakwa Awesome TV belum menjelaskan bayaran penuh tayangan drama 26 episod berjudul Di Sebalik Dia

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *