
Seorang selebriti popular pastinya tidak lari dari terlibat dengan khabar angin percintaan bersama orang lain.
Begitu juga dengan Lisa BLACKPINK dan Tae-yong NCT 127 yang baru-baru ini dikatakan sedang menjalinkan hubungan percintaan.
Hal ini kerana, satu siaran di komuniti dalam talian bertajuk “Nampaknya Lisa dan Tae-yong sedang melakukan percintaan melalui Instagram” telah menarik perhatian.


Khususnya dalam hantaran itu, pengguna tersebut memuat naik foto di mana kedua mereka memakai beberapa couple item dengan jenama yang sama, seperti baju, jaket, topi dan berkemungkinan berada di lokasi yang sama di Paris pada 4 Februari lalu.
Sebagai tindak balas, seorang netizen menyatakan pendapatnya dengan menulis,
Tae-yong pergi ke Paris untuk penggambaran. Dia secara eksklusif memakai Celine kerana dia mempunyai hubungan perniagaan dengan jenama itu. Saya tahu Lisa menjadi duta untuk Celine jadi, semua barang itu mungkin ditaja oleh mereka.
Korang rasa betul ke Lisa dengan Taeyong sedang bercinta?