HiburanGosip

‘Saya Tak Maafkan Fitnah Serta Cercaan Awak Dunia & Akhirat’

Pelakon Nur Fazura tidak memaafkan tindakan seorang individu yang melemparkan fitnah terhadapnya apabila dikatakan masih menyimpan dendam terhadap bekas suami

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Fazura, 41, berkongsi tangkap layar kenyataan seorang individu yang menuduhnya belum ‘move on’ dan gemar mencipta masalah dengan Fattah.

Individu tersebut mendakwa Fazura berdendam dengan bekas suaminya, Fattah, walaupun urusan seperti pemulangan kereta telah selesai. Tuduhan itu termasuk membuka aib bekas suami, memburukkannya di hadapan umum, serta menghasut netizen untuk menyalahkan Fattah.

“Fazura, awak memang ada dendam dengan Fattah ke? Orang lain bercerai elok saja perangai mereka. Allah tidak tidur, semoga Dia membalas perbuatan awak yang aniaya orang,” tulis individu tersebut, yang turut menyatakan kekesalan kerana pernah meminati Fazura.

Individu itu juga menuduh Fazura merampas Fattah daripada bekas kekasihnya sebelum berkahwin, serta mendakwa Fazura masih mengganggu kehidupan Fattah yang dikatakan sudah ‘move on.’

Tidak berdiam diri, Fazura membalas dengan tegas, menyatakan dia tidak akan memaafkan cercaan tersebut.

“Kenapa padam komen awak? Penat tulis panjang-panjang. Simpan setiap kata-kata awak untuk bekalan masa depan, ya. Ingat, saya tak akan maafkan sepatah pun fitnah dan cercaan awak kepada saya, di dunia dan akhirat,” tulis Fazura.

Related posts
HiburanViral

HANTARAN SYED SADDIQ BUAT BELLA BERTEMA ‘MENUA BERSAMA’, MERANGKUMI TUJUH HADIAH

Hantaran pernikahan Syed Saddiq kepada Bella Astillah membawa tema “Growing Old Together” atau…
Read more
Gosip

WATIE NAFI HUBUNGAN DENGAN SHUIB SEBELUM PEMERGIAN SITI SARAH, MAHU LINDUNGI KELUARGA

Watie Hanifiah tampil menafikan dakwaan bahawa dia menjalinkan hubungan dengan suaminya, Shuib…
Read more
GosipViral

BELLA ASTILLAH TANDA SUKA HANTARAN ‘TERIMA KASIH RUHAINIES’, CURI PERHATIAN NETIZEN

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah menarik perhatian apabila dilihat menanda suka sebuah hantaran…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *