Umum

Tak Payah Cari Debu, Ini Cara Betul Tayamum Dalam Pesawat Dengan Mudah!

Ramai dalam kalangan kita yang sering tertanya-tanya bagaimana caranya untuk kita berwuduk di atas pesawat. Tandas ada, air pun ada tetapi ada yang menyarankan untuk anda bertayamum sahaja di dalam pesawat untuk solat. Tetapi, bagaimana cara tayamum dalam pesawat ini? Nak cari mana debu?

Jadi, menurut perkongsian di laman Instagram ini, menunjukkan cara yang betul untuk anda bertayamum di dalam pesawat tanpa menggunakan debu. Mudah sahaja caranya.

CARA TAYAMUM DALAM PESAWAT, TIADA DEBU PUN BOLEH

cara tayamum

Dalam pesawat ada air, jadi boleh ke kita tayamum? Dalam buku Syarah Fathal Qarib Diskursus Ubudiyah Jilid Satu terbitan Mahad Al-Jamiah Al-Aly UIN Maulana Malik Ibrahim Malang, sebab seseorang diperbolehkan melakukan tayamum di antaranya adalah:

1. Tidak ada air, baik secara faktual maupun secara hukum (syar’i)

2. Jauhnya air dari orang yang bertayamum

3. Uzur menggunakan air, baik secara faktual maupun secara hukum

4. Cuaca yang sangat dingin

Cara untuk tayamum dalam pesawat

cara tayamum

1.Membaca niat tayamum

Nawaitut tayammuma lisstibaahatish shalaati fardlol lillaahi ta’aalaa.

Ertinya: Aku berniat tayamum agar diperbolehkan solat kerana Allah ta’ala.

2.Menepuk kedua belah tapak tangan secara perlahan ke sandaran kerusi pesawat di hadapan. Ke dinding pesawat pun boleh.

3.Sapukan kedua tapak tangan ke wajah secara merata dari hujung rambut, dahi dan dilanjutkan dari daun telinga kanan sampai daun telinga kiri.

4.Menepukkan lagi kedua telapak tangan seperti gerakan yang pertama.

5.Terakhir, sapulah tangan kanan hingga siku menggunakan tapak tangan kiri secara merata. Setelah itu sapu tangan kiri sehingga ke siku dengan telapak tangan kanan.

Jadi, walaupun di atas pesawat ada air, tetapi jumlahnya terbatas dan banyak keperluan lain yang akan digunakan dengan air tersebut. Jadi alternatifnya selain menjaga wudhu (berwudhu sebelum naik pesawat) kita juga diperbolehkan menggunakan cara Tayamum.

Semoga bermanfaat!

Kredit : linctraveller abusyamil_lintasbaitullah

Related posts
Umum

CENDERAHATI RESEPSI SYED SADDIQ DAN BELLA DITAWARKAN RM350, NETIZEN BERI PELBAGAI REAKSI

Cenderahati yang didakwa daripada majlis perkahwinan Syed Saddiq dan Bella Astillah menjadi…
Read more
Umum

TAHU RANCANGAN NIKAH BASS SEJAK SYAWAL, PENGASAS HIJABISTA HUB PILIH SIMPAN RAHSIA

Pengasas Hijabista Hub, Wanie Elena, bersama suaminya, Syafiq Hilmi, mendedahkan mereka mengetahui…
Read more
Umum

WANITA PELAWA NORA DANISH JADI MADU, AKTRES DOAKAN SUAMINYA KEKAL SETIA

Aktres Nora Danish berkongsi mesej peribadi daripada seorang wanita yang mempelawanya menjadi isteri…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *